Tuesday, 10 January 2017

Filled Under:

Wanita hamil nyaris maut ditusuk batang besi


NUSAJAYA, JOHOR - Seorang wanita hamil, nyaris maut apabila cermin depan keretanya ditusuk sebatang besi di lebuh raya Nusajaya, hari ini. 

Ketika kejadian, mangsa yang berseorangan sedang memandu di belakang sebuah lori di lebuh raya tersebut sebelum cermin depan kenderaannya ditusuk sebatang besi yang dipercayai terjatuh dari lori tersebut.

Menurut adik mangsa, Cik Senah, kakaknya selamat dan hanya mengalami luka kecil akibat terkena serpihan kaca. Namun masih menggigil dan trauma dengan kejadian yang mengerikan itu. 

Difahamkan, pemandu lori terbabit turut berhenti di tempat kejadian.

Pengguna jalan raya dinasihatkan agar tidak memandu terlalu dekat di belakang lori yang membawa muatan bagi tujuan keselamatan. - The Reporter


from Srikandi http://ift.tt/2idpL0i
via IFTTT