Sunday, 22 January 2017

Netizen puji lelaki ini sudi bantu backpacker



Niat di hati nak tolong dua pelancong kaki travel ini. Alhamdulillah, Allah pun gerakkan hati untuk memberi pertolongan kepada mereka berdua ini. 

Niat di hati untuk sesuatu perkara yang baik. InshaAllah hasilnya baik juga. Latar belakang jahat atau baik, kenal ataupun tidak, kalau hati berniat nak tolong, berilah bantuan. Hasilnya, kalau kita ditimpa musibah ataupun tidak, itu Allah yang tentukan. 


Jumpa Ben Errington dan Tom De Blauwe di Tol Juru, katanya nak pergi ke Cameron. Terus aku berhentikan kereta. Bersembang dalam bahasa inggeris rojak sedikit. Kemudian aku terus setuju bagi bantuan yang mampu. 

Umur mereka baru 20 tapi dah travel ke tempat orang. Seorang dari Belgium, seorang lagi dari Scotland. 


Setakat mana yang aku mampu beri pertolongan, inshaAllah aku beri. Cuma mampu beri pertolongan dari segi makan dan hantar sampai ke Taiping. Kemudian mereka sambung semula berjalan kaki ke Cameron. 

Kalau ada warga Facebook ternampak mereka berdua di sekitar lebuh raya menghala ke selatan sebelum nak sampai ke exit Cameron, hulurkanlah bantuan. Hari ini kita tolong orang, mana tahu akan datang kita susah dari mereka berdua ini, orang akan tolong kita pula.


from Viral Semasa http://ift.tt/2iPPRIB
via IFTTT


'Saya kata ini lori saya, dia terus angkat tangan pukul saya' - Mangsa


KUALA LUMPUR - Susulan kejadian pemandu lori dibelasah lima lelaki sehingga mendatangkan kecederaan teruk dan menerima 13 jahitan di bahagian belakang kepala, mangsa tampil menceritakan semula kejadian. 

Soalan: "Adakah awak berkasar dengan dia semasa kejadian itu atau awak yang berkasar dengan dia?" 

Nasrul: "Dia yang berkasar dengan saya,"

Soalan: "Awak melanggar dia atau sebaliknya?"

Nasrul: "Saya yang melanggar kereta dia tapi dalam kereta dia tak ada orang," 

Soalan: "Selepas itu bagaimana bodyguard itu datang pukul dan serang awak?"

Nasrul: "Dia datang, saya tanya dia dulu ini kereta dia ke? Kemudian dia pula bertanya ini lori siapa? Saya kata ini lori saya dan dia angkat tangan dia dan terus pukul saya," katanya tersekat-sekat. 

Soalan: "Cerita saja, jangan takut. Ramai yang 'cover awak di sini, abang-abang lori ada semua di sini" 

Nasrul: "Selepas itu, dia tarik saya ke belakang. Dia tarik baju saya, macam nak gaduh. Saya pun tarik dia dan hairan kenapa dia nak tumbuk saya," 

Soalan: "Ada tak awak nampak/dengar ada orang suruh mereka pukul awak?" 

Nasrul: "Tak, saya hanya ingat seorang lelaki pukul saya dan dua lagi lelaki tendang saya. Itu saja yang saya ingat. Bila saya tengok video viral di Facebook, ramai yang tendang saya. 

Soalan: "Ada orang halang awak buat laporan polis tak?" 

Nasrul: "Yang halang itu ada. Ada yang cakap pada majikan saya yang mereka ini gengster besar," 


#Kualalumpur Temu bual pemandu lori yang dipukul sabtu lalu
Posted by Harian Metro on Saturday, 21 January 2017

Dalam perkembangan terkini, polis telah memanggil 15 orang saksi bagi membantu siasatan. Semua saksi yang dipanggil berkenaan adalah perakam video, pengawal keselamatan dan penduduk setempat, lapor Harian Metro.

Polis juga telah menahan seorang suspek berusia 42 tahun yang terkenal dengan panggilan 'Along Taman' jam 11.10 malam semalam di kediamannya. 


Suspek yang menyedari kehadiran polis bagaimanapun enggan memberi kerjasama dan mengunci pintu rumahnya. Polis memberikan amaran dan arahan beberapa kali sehingga terpaksa memecahkan pintu rumah suspek. 

Suspek kemudian bertindak agresif dan menyerang anggota polis yang membuat serbuan dan berlaku pergelutan di antara suspek dan anggota polis sebelum berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk siasatan lanjut. - The Reporter

Artikel berkaitan: 


from Viral Semasa http://ift.tt/2jM46gW
via IFTTT


Sayu : Kaku diatas jalan raya .. Pelumba motor maut motosikal kuasa tinggi dirempuh lori (12Gambar)

Selayang : Seorang lelaki maut apabila motosikal kuasa tinggi yang ditunggang nya terlibat dalam kemalangan semalam.

Mangsa dikenali dengan nama Zaem Aiman yang merupakan pelumba motor berpengalaman bersama pasukan Red Wheel Jalan Ipoh.

Mengikut sumber dari abang mangsa motosikal mangsa dirempuh lori yang menyebakan motosikal milik mangsa rosak teruk dihadapan dan mangsa mengalami kecederan dalaman meninggal ditempat kejadian. 

Apa yang paling menyedihkan mengikut saksi ditempat kejadian mangsa terus maut " Kaku " ditempat kejadian impak kemalangan yang menimpa dirinya.











Sedikit info perjalanan akhir arwah : 


Assalamualaikum.. InsyaAllah perjalanan akhir Zaem Iman seperti berikut:

9 pagi - post mortem (Hospital Selayang)
10 pagi - mandi & kafan (Hospital Selayang)
11 pagi - Van jenazah bergerak dari hospital ke Surau Fatimah Azzahra, Desa Gemilang, Gombak
11.30 - waktu Zohor - Arwah akan berada di surau untuk ziarah & pertemuan akhir.
Solat jenazah akan dilangsungkan di surau SELEPAS SOLAT ZOHOR.
Arwah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Sg Pusu. 

Memandangkan kawasan parking agak terhad, mohon jasa baik rakan2 arwah utk car pool atau membonceng. Saya sertakan peta bertanda. Kawasan bertanda P adalah padang yg boleh digunakan utk parking motor. Padang ini berhadapan dgn rumah saya di Jalan DG 2/2. Boleh gunakan Jln DG1/5 atau DG1/6 dan mana2 ruang yg sesuai utk parking. Cuba elakkan park di depan pagar rumah. Jasa baik semua amat saya hargai.

Punca sebenar kejadian masih disiasat oleh pihak berwajib, arwah seorang yang sangat baik dan amat disenangi rakan-rakan arwah merupakan bekas penuntut IKBN JITRA semoga roh nya dicucuri rahmat kehilangan satu permata dalam dunia permotoran khusus nya. Alfatihah 




via CeritaGempakKomuniti

from Viral Semasa http://ift.tt/2jkAFza
via IFTTT


Ibu bapa jangan jadi 'Diva', Cikgu bukan orang gaji



Cikgu bukan orang gaji, cikgu pun nak ada masa dengan suami dan anak-anak. Cukuplah hanya di sekolah nak kena layan anak-anak kita yang 40 orang, 40 ragam dan 40 tabiat itu. Itu baru satu kelas. 

Kalau di rumah pun, dia kena layan ibu bapa dalam group WhatsApp seramai 80 orang ibu bapa. Soalan-soalan mengarut diberi pada cikgu. Semua cikgu mata pelajaran nak disuruh masuk dalam group WhatsApp untuk update homework yang ada pada hari itu dan katanya itu adalah tugas guru. 

Suruh ingatkan anak minum air masak banyak-banyak pun dikatakan tugas guru. Tupperware hilang pun suruh cikgu yang carikan. Kopiah tertukar pun suruh cikgu cari dan bagi ibu bapa, itu semua adalah tugas cikgu. Banyak betul tugas cikgu? Tak kira overtime pula tu. 

Nak tanya, tugas ibu bapa apa ye? 

Jangan jadi 'Diva'. Semaklah buku anak satu persatu ada kerja rumah atau tiada. Kalau kau tanya dia, memang tak ada memanjang pun. Nak salahkan cikgu juga ke? Tulisan anak kau tak boleh dibaca pun nak salahkan cikgu ke? Kenapa tak salahkan Tok Batin ke, Ketua Kampung ke, JKKK Flat Seri Wangi ke, Mark Zurkerberg ke? 

Ye, ada anak alert memang rezeki dia tak payah suruh, terus buat. Yang anak kena ketuk baru jalan itu, ibu bapa kenalah gigih. Jangan asyik menunding jari pada cikgu sahaja. 

Saya marah, berombak-ombak dah dada menahan geram.  Kata kunci: "Mak bapak Diva, inshaAllah anak pun Diva". Tak percaya? Cubalah jadi diva. 

Eh kejap, saya bukan cikgu. Ingat ye, nak ilmu anak-anak berkat, berjaya dunia akhirat, doa dari guru itu perlu. Ajar anak berdikari, boleh tak? Boleh ke tak boleh? Lempang nak?


from Viral Semasa http://ift.tt/2iPArE8
via IFTTT


'Biar anak menangis sebab tak dapat lari daripada kami menangis sebab anak hilang'



Semalam, seorang sahabat berkongsi cerita yang anaknya tiba-tiba berlari ke tengah jalan dan hampir dilanggar kereta. Ya, anaknya hyperactive, tak kenal bahaya. Alhamdulillah anaknya selamat. 

Kes yang sama berlaku pada Umar semasa dia berusia antara 4-5 tahun. Masa itu dia memang hyperactive. Pantang lepa, pasti berlari tanpa menoleh ke belakang.

Pernah hilang selama 45 minit di Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail. Puas mencari dalam pasar, rupa-rupanya sudah sudah pun menyeberang jalan empat lorong besar kerana terlalu obses dengan logo Celcom. Memang Allah Maha Melindungi. 

Umar tak cedera apa-apa. Ketika itu dia tidak ada langsung skill komunikasi. Yang ada hanya echolalia, mengulang semula apa yang didengar umpama burung kakak tua. Jadi, kalau orang tanya nampak awak siapa, memang dia akan ulang balik soalan itu dan tidak memberi jawapan langsung. 

Alhamdulillah, pakcik jaga di Celcom itu nampak Umar melintas jalan, di bawanya Umar ke pasar dan tanya orang-orang di sana kalau ada sesiapa yang kehilangan anak. 

Bila kami nampak Umar dari jauh, terus kami menerpa padanya. Namun tidak ada sedikit pun riak takut atau terkejut. Dia ketawa besar bila melihat kami. Memang dia tidak faham apa yang berlaku. Trauma kami dibuatnya. 

Sebulan tak keluar berjalan sebab masih teringat-ingat kejadian itu. Selepas itu bila nak keluar, abi ambil inisiatif ikat lubang tali pinggangnya dengan tali dan diikat pada lubang tali pinggang Umar. Sebab masa itu kami tak tahu di mana ada jual child safety harness seperti dalam gambar ini. 

Bila diikat seperti itu, ramai yang memandang, ada yang buat muka pelik, berkerut dahi tetapi kami tak peduli. Pada kami, biar anak menangis sebab tak dapat lari daripada kami menangis sebab anak hilang. Kalau anak kami hilang pun, bukannya orang-orang yang buat muka pelik itu yang nak carikan. 

Oleh itu, kalau anda mempunyai anak-anak neurotypical ternampak ibu bapa yang pakaikan child safety harness pada anak, minta sangat-sangat untuk memahami kondisi keluarga tersebut yang berkemungkinan mempunyai anak yang hyperactive dan darter. Tak perlu beri komen 'ikat anak macam binatang' atau ' kalau dah macam tu, tak payah bawa anak keluar'. 

Haih! Tak perlu sakitkan hati orang dengan kata-kata seperti itu. Cuba ada sedikit empati dalam diri. Kami pernah melalui situasi mencabar membesarkan Umar dan kami faham perasaan ibu bapa yang terpaksa 'mengikat' anak mereka. Takkan nak buat macam itu melainkan sudah terpaksa. 


from Viral Semasa http://ift.tt/2k2ss3J
via IFTTT


'Di depan anaknya, dia tunjuk f*ck pada saya sedangkan dia yang bersalah'


Oleh Pengadu, Lee Shervin

Pemandu wanita ini memasuki lorong di hadapan saya tanpa memberi sebarang isyarat untuk memotong, malah (bila dihon) dia merenung saya seolah-olah saya yang bersalah dalam insiden ini. 

Saya biarkan dia pergi tetapi dia seperti tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memandu di hadapan kereta saya secara melulu. 

Dia juga dengan sengaja telah membrek kenderaannya di hadapan agar saya melanggarnya menyebabkan dia kelihatan tidak bersalah. Dia tidak tahu yang kereta saya ada dash cam sehinggalah saya memaklumkan pada dia dan tiba-tiba dia mula bercakap dengan penuh beretika. 


Posted by Lee Shervin on Friday, 20 January 2017

Dalam video ini, saya hampir mengalami kemalangan. Malah anak perempuannya hanya menundukkan kepala sepanjang insiden itu berlaku. Wanita itu turut menunjukkan isyarat lucah beberapa kali di hadapan anak perempuannya dan saya juga dipersalahkan kononnya saya enggan memberikannya ruang untuk memotong. 

Tolong berhati-hati dengan wanita ini yang memandu Toyota Vios, nombor pendaftaran WB9213N. Dia akan cuba lakukan apa sahaja untuk membuktikan kononnya dia tidak bersalah sehingga sanggup menyebabkan dirinya dilanggar biarpun ketika itu dia membawa anaknya berada di dalam kereta. 


from Viral Semasa http://ift.tt/2jLACzq
via IFTTT


Pelajar tingkatan 3 rakam video bawah kain guru


KUALA LUMPUR - Lima pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di ibu negara disiasat polis selepas dipercayai terbabit merakam video bahagian kain dalam seorang guru wanita, lapor Berita Harian

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shukri Kaman berkata, berikutan kejadian itu, pihak sekolah telah memanggil kesemua pelajar tingkatan tiga berkumpul di dewan sebelum mengenalpasti lima pelajar yang dipercayai terbabit dalam kes tersebut. 

"Setakat ini hanya dua dari pelajar terbabit yang dirakam keterangan adalah saksi berhubung kejadian tersebut, manakala selebihnya disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan berkelakuan biadap dan Seksyen 14 Akta Kesalahan kecil 1955. 

"Bagaimanapun, segala tindakan disiplin terhadap pelajar berkenaan hanya akan diputuskan oleh pihak sekolah, bukannya polis," katanya. 

Terdahulu, beberapa pelajar yang terlibat merakam video bawah kain baju kurung seorang guru wanita pada jam 8.30 pagi Isnin.

Ketika kejadian, mangsa berusia 36 tahun yang mengajar subjek Bahasa Inggeris sedang membalut meja pelajar di kelasnya dan pelajar terbabit merakam gambar bawah kain baju kurung guru berkenaan menggunakan telefon bimbit mereka. 

Malah, mereka mengenakan bayaran wang terhadap mana-mana pelajar jika mahu menonton rakaman tersebut sebelum tersebar ke telefon bimbit pelajar lain.

Perbuatan sekumpulan pelajar itu dikesan oleh seorang guru disiplin pada Rabu lalu, dua hari selepas rakaman itu dilakukan yang kemudian memaklumkan kepada guru wanita berusia 36 tahun itu, mengenai video berdurasi 10 saat itu yang viral dalam kalangan pelajar. 

Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis kerana merasa maruahnya tercabar selain tidak berpuas hati dengan sebahagian ibu bapa pelajar terbabit yang mempersoalkan cara dia berpakaian. - The Reporter


from Viral Semasa http://ift.tt/2jARwis
via IFTTT